Tuesday 1 May 2012

episod 7 ~ Huwarghhh

domobrader.blogspot.com    

 Aku rasa aku dah cukup sabar..die amik meja aku..


     Pasal bench kat makmal tu, pun aku leh buat x kisah lagi..sebab 3-4 hari ni aku banyak buat  fieldwork..so aku tak  guna sangat bench tu. It's ok..dua tiga kali aku datang nak cakap aku nak guna balik meja tu tapi sebab dia busy so aku pun kensel la nak gitaw die..

Takpelah. Aku leh guna meja lain kat belakang, jauh cket takpe. Mungkin hari ni die susah aku tolong die pasni org lain susah die akan tolong pulak..gitu le.


Tapi apa yg buat aku hangin ialah kenapa sikap die tu macam tak puas hati sangat dengan aku?

Aku ade salah kat die ke? Npe dari first  day die macam tak suke at aku..positive..think positive.. mgkin aku x sedar aku ade terrrr-buat salah pada die.
Selawat..selawat.
Tak baik marah-marah. Mungkin jugak memang aku yang silap.
Maka aku pun pergi dekat die. First aku nak mintak maaf kalau aku dah singgung perasaan die..then harap sangatlah die leh terus terang ape punca semua ni supaya kitorang leh keje sama-sama cam sepatutnya. Takyah gaduh takyah bermasam muka..
 Nak tahu apa dia buat?? Terus die cabut nama aku kat bench tu! Then dengan dengus kucing die tu terus ditulisnya nama die besar-besar atas kertas then hempas kat bench tu!
Arrghhhh. This means war. Darah aku naik ke tiba-tiba. Menggigil tangan aku tahan marah.
Baru nk 'bergasak' bos lak tetiba panggil..eeeeeeeiii sib bek ko!

Aku dh xde mood nk wat kje.. hangin satu badan. Sok jela aku datang keje. Surat kebenaran utk keje weekend x sempat nak taip. Mean keje free jela besok nampak gayanya. Tp xpe lah dari dok mengadap mke hantu pmpuan tu bek aku dtg weekend.



 

puteri peach . domobrader . ceritalah lagi

Tuesday 10 April 2012

episod 6 HPV vs leptospirosis


puteripeach.blogspot.com

Dah lama aku tak tulis kat blog ni…bz sesangat..sampai dah xde masa untuk diri sendiri. Apa tidaknya sabtu ahad pun aku datang ofis jugak untuk selesaikan literature review. Penat memang penat, tapi aku x komplen pun.
Jadi ceritanya, lepas empat lima kali bincang dengan boss, aku pun dapat persetujuannya untuk jalankan research dalam tajuk human papiloma virus (HPV). Punyalah excited aku rasa sebab aku memang minat dengan kajian benda alah kuman ni. Tambahan lagi aku ni perempuan maka sedikit sebanyak tentu jugalah ilmu yang bakal diperolehi nanti berguna untuk aku.
Iyalah sebab HPV ini selalunya menjangkiti perempuan je..mesti la jadi penting jugak untuk aku… Sekurang-kurangnya nanti aku dapatlah tahu sedikit sebanyak macam nak mencegah penyakit nie.. Sebab kalau kita tengok balik,  cuba perhatikan sekarang berapa ramai wanita yang dah terkorban akibat virus yang terbukti menjadi punca penyakit barah pangkal rahim ini. Dan perasan tak, betapa teknologi perubatan yang ada sekarang pun belum benar-benar mampu menyembuhkan kanser berbahaya ini. Dan yang paling menyedihkan ialah rendahnya tahap kesedaran kita terhadap penyakit kanser pangkal rahim..suruh buat ujian PAP SMEAR pun liat..dan saban hari ada saja kes baru yang terjadi..ada saja yang menjadi korban..
Hmm..
Di pihak aku pulak, dengan rasa excited yang dok menyelubungi jiwa aku ini aku nak buat keje pun rasa syok semacam je. Takde la rasa stress macam masa nak mulakan dulu. Best je rase.. Seolah-olah ada suntikan adrenalin yang menaikkan semangat dan tenaga aku untuk terus bekerja. Cewahh..
Cuma yang aku tak puas hatinya ialah pasal sorang mamat technician kat sini. Selalu sangat dia datang usya kat bench aku. Konon nak bagi hint yang bench tu dia yang punya. Mula-mula aku juz rimas..tapi lama-lama aku naik bengang la jugak. Dah terang-terang boss bagi kat aku bench tu nape die tak puas hati sangat. Takkanlah pasal meja pun leh jadi isu? Aduu la orang macam ni pun ada rupanya..isyy.
Dah tu aku ingatkan prob tu juz setakat tu je, nak dijadikan cerita, lepas berapa hari pastu bos lak panggil aku, die kata tajuk yang aku tengah buat ni ada kemungkinannya akan dihentikan,ganti dengan tajuk lain pulak.
Hah?
“Sebenarnya in the past ten years kita ada buat research in leptospirosis..Just recently kita stop research tu sebab kebetulan sorang penyelidik kita ambik study leave.. jadi saya rasa ada baiknya kalau kita, as part of our team, juz sambung research tu dan teruskan sinambungan dan kepakaran kita dalam leptospirosis tu. Sayang sebab makmal kita pun masih ada banyak lagi reagen, kit, segala benda berkaitan. So saya rasa better kita juz teruskan je. Apa pendapat you?”
Aku pada masa tu yang masih lagi terkezut..terus hilang kata-kata.
Aduuuuu punyalah penat aku cari bahan then senang je dia nak suruh aku berhenti tukar tajuk lain. Isyy kalau la dia tahu betapa penatnya aku setiap malam tido dua tiga jam je semata-mata nak siapkan proposal kajian ni.
“Tapi doktor..projek kajian HPV ini penting. Cuba doktor bayangkan betapa banyak nyawa yang dapat kita selamatkan kalau kajian kita ni berjaya,” aku menghujahi cadangannya.
“Dan cuba doktor bayangkan lagi, betapa kerajaan terpaksa belanjakan 150 juta ringgit setiap tahun untuk berikan vaksin pada remaja-remaja perempuan untuk mencegah penyakit ini, sedangkan adalah lebih baik sekiranya kita gunakan peruntukan sebanyak itu bukan setakat untuk mencegah penyakit ini tetapi juga untuk memahami dan seterusnya melenyapkan terus penyakit ini!”
(Agaknya tangan aku masa tu kiri kanan dah tergawang-gawang ala pidato peringkat IPT huhuh)
“Lagipun apalah rasionalnya doktor, 150 juta ringgit untuk remaja yang rata-ratanya masih belum berkahwin, kan lebih baik jika diadakan kempen berkaitan moral, katakan; kempen jauhi maksiat, jauhi seks luar nikah, apa-apa saja. Kan lebih menjimatkan, malahan juga lebih sesuai dengan budaya kita orang timur. Tak begitu doktor?”
Boss terdiam. Nampak menghela nafas dalam-dalam, bersedia untuk memberikan pandangannya pula. Cuma aku tak pasti dia termakan hujahan aku tadi atau langsung sebaliknya.
“Pendapat you tu ada betulnya.”
 Aku berasa lega.
“Cuma..saya  rasa, you patut lihat isu ini dari perspektif yang berbeza. You tahu penyakit polio?  Saya nak tanya you sekarang, apa sebabnya penyakit polio yang sangat tinggi bilangan mangsanya di India berjaya diatasi?
Vaksin. Sebab mereka gunakan vaksin untuk mencegah penyakit itu.  Jadi you lihat di sini, sungguhpun pada ketika itu penyakit polio pada masa itu belum difahami sepenuhnya. Malah sampai sekarang pun. Tapi dengan pemvaksinan jumlah kes polio turun mendadak, dan betapa banyaknya penduduk yang terselamat. Jadi di sini you boleh lihat situasi yang sama dalam kajian HPV. Bila kita beri vaksin. Bilangan kes menurun. Jadi keperluan untuk buat kajian pun sudah tidak begitu kritikal lagi. You pun tahu kan, matlamat utama kajian kesihatan adalah untuk menyelamatkan pesakit. Kalau pesakit dah selamat, tak perlulah tergesa-gesa sangat kita nak mengkajinya lagi. Betul tak?”
Aku terkedu. Pandai pulak boss aku ni putar belit fakta. Isyy..patutlah dia jadi boss.
“So?” boss bersuara lagi. Aku yang ketika itu ligat memikirkan alasan untuk membantah terus mati akal. Tengok air mukanya yang serius itu sebenarnya menyedarkan aku yang dia sebenarnya bukan semata-mata minta pendapat aku tetapi lebih kepada memberi arahan. Dan aku, selaku staf baru, apabila menghadapi ketua jabatan yang pangkatnya tiga empat tangga lebih tinggi dari aku tentu sahaja tidak punya pilihan yang banyak. Paling hebat pun aku boleh kata “saya akan fikirkan dulu,” pastu kemudiannya tetap juga “baiklah bos.”
Dan untuk kes kali ini nampaknya nak tak nak aku kena kata “baik bos” juga . Huhu..
“Ok, macam nie..” boss yang agaknya perasan aku dah mula buat muka mengubah pendekatannya. Kali ni nampaknya lebih lembut.
“You teruskan dulu dengan proposal you. Saya akan bawak perkara ni dalam mesyuarat dan kalau semuanya ok you bolehlah teruskan dengan kajian HPV you. Dan kalau ahli mesyuarat kata lebih baik sambung je kajian leptospirosis tu you stop, then you tukar buat leptospirosis ok. Don’t worry it’s not that hard..”
Mak datukk senangnyee dia cakap.
“So sekarang ni saya teruskan proposal saya macam biasa, then kalau ada perubahan saya tukar je tajuk saya.” Aku menyusun ayat, melontarkan mesej dalam nada yang jelas,dengan harapan dia akan faham bahawa apa yang dia suruh tu sebenarnya menyusahkan aku, dan seterusnya mintak-mintaklah dia terus batalkan arahannya tadi.
Nak tahu apa dia jawab?
“Ya, macam tulah.”
Urghh..

Hari tu aku terus takde mood nak buat keje. Muka pun dah muncong ala-ala itik serati agaknya. Frust betul..aku punya la berharap nak buat tajuk HPV tu alih-alih last minute dia suruh aku tukar pulak. Aku tak taw nak lepaskan geram macam mana. Kalaulah aku ni sifu karate mesti aku dah wachaa wachhaa wachhaa  kan sume barang kat sini. Arghhh..!!
Kemudian tu, yang buat aku makin panasss, dalam dok marah tu datang pulak mamat technician tu. Buat-buat lalu tepi aku then aku perasan dia dok usya meja dia, jelling-jeling nama dia kat cabinet bench nih. Ee geramnyaaa. Pasni kalau dia datang lagi kat bench makmal aku ni siap la. Aku koyak-koyakkan nama dia tu depan dia jugak!
 I mean it!

puteri peach . domo brader . ceritalah lagi

Sunday 17 July 2011

( episod 5 ) is it really ur attitude??


domobrader.blogspot.com
      
 Sombong sungguh. Dah dua tiga kali aku senyum kat die tapi haram die x balas. Lantak ko lah, pasni aku tak kaco ko, ko jangan kacau aku. Setel.

       Tapi rupanya x setel jugak..satu pagi tu aku datang awal nak buat keje, alih-alih aku tengok kat atas lab bench aku dah penuh dengan jurnal-jurnal. Aku tahu lah dia ada projek nak dibuat. Nak cari bahan..nak buat rujukan..Tapi jangan la ikut sedap je letak atas bench aku..abis aku nak buat keje camane..aduiii laa orang macam ni pun ada rupanya.

       Aku masa tu pun dah jadi serba salah, kalau aku alihkan semua jurnal tu mungkin jadi masalah pulak pada dia. Mungkin dia dah susun kedudukan semua jurnal tu ikut turutan tertentu supaya senang dia nak baca or buat rujukan etc.. dan kalau aku alihkan susah pulak dia nak buat kerja nanti.  Isyy..

         Maka dengan muka moncong ala-ala itik serati terpaksalah aku pindahkan barang-barang aku dan buat kerja kat bench kat bilik belakang. Walaupun sempit sikit tapi takpelah, aku pikir positif, mungkin semalam dia busy sangat sampai tak sempat nak mintak izin guna bench aku, seterusnya tak sempat nak alihkan semua jurnal tu dari situ. So takpelah..gunalah dulu bench tu. Nanti dah siap aku nak guna balik.  Hmm..

         Setel?

         Tak jugak. Dalam dua tiga hari pastu ada gak dua tiga kali aku datang nak guna bench tu dan dia pun ada kat situ. Tapi dia selamba mengadap keje dia, buat derk je bila aku bagi hint nak guna balik tempat tu. Macam protes pulak dia dengan aku. Aku rasa sikit punya besar nama aku terpampang kat kabinet atas bench tu..pehal dia ni buat x faham-faham lagi ni?..Arghh.. Aku rasa aku dah tolak ansur abis dah. Dua tiga hari ni aku ada fieldwork, kebanyakan kerja buat kat luar so bolehlah aku buat x kisah sangat kalau dia nak dok situ. Nie fieldwork pun dah selesai dia boleh pulak dok jadi tunggul kat situ. Aku dah start naik hangin. Kalau dia ni adik aku nak je aku sekeh-sekeh. Mangkuk sungguh!

        Fine. Aku bagi peluang sampai besok. Kalau x alih jugak segala 'sampah-sarap' dia ni siap la aku kerjakan.  

        Finally...

        ..settled?

       Aku datang pagi jumaat dan tengok semuanya masih di situ. Ok takpe. Aku tunggu tengahari sikit, pun barang-barang tu masih kat situ. Dia pulak langsung tak nampak batang hidung. Aku dah start kuar api kat kepala, sekejap agi meletup la aku nih. Konfirm. Orang nak setel cepat ni dia pulak langsung tak tunjuk muka. Urgghh..jap agi ada la orang yang nak kena telan dengan aku nih. Ihhh..siap la ko nanti.

       "Aii nape nampak serius bebenor niii wan?" Kak Sal yang kebetulan lalu situ menegurku. Agaknya dia perasan aku tengah bad mood..

       "Mana R.O. yang baru masuk tu ek? Tak nampak pun dia hari ni."

        "Dia kan pergi meeting kat Putrajaya. Bos suruh dia pergi. Kenapa awak cari dia ke?"

        Hah. Yeke? Rupanya satu hari aku nunggu dia memang takde kat sini. Makin hangin lah aku..tensen sorang-sorang aku kat sini dia pulak dok goyang kaki meeting. Aku malas nak citer dengan Kak Sal konflik aku dengan budak R.O. tuh. Kalau aku citer kang banyak pulak soal jawabnya.

        "Takdelah Kak Sal. Tak cari dia pun. Saje je tanya..yelah satu hari ni tak nampak dia pun. Ingatkan dia busy ke ape ke"

         "Ooo..nape rindu ekkkk?" Kak Sal mengusik. Suaranya keibuannya lembut tapi senyumannya seolah dia sengaja menyakat aku.

         Hah? Rindu?? Rindu la sangat. Kalau lah aku ni gimau aku jumpa budak tu siap aku nak tokak-tokak lagi. Huh!

         Sudahnya hari itu aku tension sorang-sorang. Orang yang aku nak marah x muncul-muncul..aduss...

n
novel cinta puteri peach ceritalah lagi . blogspot.com

Monday 13 June 2011

( episod 4 ) perjuangan bermula

puteripeach.blogspot.com
Khamis. 2 Mei 2011

Dah 3-4 hari aku kat sini. Aku lum dapat start ape-ape keje.. jadi setiap hari aku banyak spend masa kat meja. Struggle  buat literature review. Walaupun bos takde selama dua minggu  tapi aku tahu die balik nanti aku kena terus bentang cadangan projek.
Sebenarnya aku rasa janggal sikit. Kat side ni aku sorang je pompuan.. kat sebelah partition ni ada sorang lab technologist dengan seorang  atendan lelaki. Jadi aku rasa kekok semacam, nak berdehem sikit pun rasa macam tak berapa kena.
Hmm..
Walaubagaimanapun aku tak lah ambik kisah sangat. Halangan yang semacam itu kalau kerja kat mana-mana pun mesti ada, biasalah tu.
Tugas aku kat sini, sebagai pegawai penyelidik,  kalau diikutkan on-paper; salah satunya dan yang utama ialah menjalankan penyelidikan yang berkaitan dengan bidang perubatan. Jadi apa yang perlu aku buat ialah jalankan ujian-ujian makmal yang berkaitan, kumpulkan data dan bentangkan keputusan apabila tempoh penyelidikan tamat nanti. Bunyinya macam menarik. Seronok pun ada. Tak sabar rasanya nak start. Tapi apa-apa hal pun aku kena pilih satu tajuk yang sesuai dulu.
Bagi aku tajuk tu mestilah menarik sket. Aku kalau boleh taknak lah buat tajuk yang sekadar ubahsuai sedikit dari tajuk-tajuk penyelidikan yang sudah dibuat orang. Walaupun susah tapi aku harap hasilnya nanti bukan juz naikkan nama aku tapi sudah tentulah dapat contribute pada bidang perubatan. Aku teringin sangat nak tengok suatu hari nanti bidang perubatan kat seluruh dunia ini jadi sangat-sangat maju. Mungkin pada masa tu kat Malaysia dah tak ada lagi orang yang kena potong kaki sebab kencing manis. Dah tak ada lagi orang yang kena stroke, dah tak ada lagi yang mati sebab darah tinggi dan lain-lain.. semua orang sihat, semua orang gembira.
 Itulah impianku.
So hari-hari  yang berlalu ni aku memang all out untuk cari tajuk yang paling best.  Mcm Dr. Hassan Yaakob yang berjaya hasilkan Gamat Healing tu. Atau macam kejayaan Institut Penyelidikan Perubatan menghasilkan maggot utk sembuhkan luka pesakit diabetes tu (ada tunjuk dalam Majalah3)..bayangkan, macam mana anak-anak ulat yang nampak geli-geleman hina-dina tu (owhh bahasaku hehe) tetiba leh jadi penyembuh yang dapat menyelamatkan kaki pesakit kencing manis yang dah rompong tinggal tulang daripada dipotong. Rasa macam tak percaya je. Tapi begitulah hasilnya kalau sesuatu penyelidikan itu berjaya. Aku pun kalau boleh nak research aku berjaya macam tu.
Jadi lately aku jadi orang yang sangat busy..dah tak nampak orang kiri kanan.  Jalan pun kadang-kadang tu  sambil baca jurnal. Otak aku tepu sangat. Ada rasa macam sedikit tekanan yg melanda .Time orang rehat aku still kat meja. Time aku gi rehat makanan kat kantin dah tinggal saki baki je.. isyyy.. mujur sesekali  ade gak akak senior yg amik berat tanya kalau-kalau aku nk kirimkan makanan bila diorang nak ke kantin. Tq..huhu.
Jurnal yang aku print dari internet untuk rujukan pun dah bertimbun. Dah penuh atas meja sampai aku terpaksa letak atas bench makmal pulak. Tak abis-abis baca jurnal sampai terkadang tu sedar-sedar dah pukul 7 aku kat tempat keje. Ahh…life’s tough. Work’s hard..
Tapi takpe..
..dis is all about dream..

ceritalah lagi . blogspot.com

Wednesday 8 June 2011

( episod 3 ) I don't hate Mondays

domobrader.blogspot.com

Isnin 30 Mei 2011

Pukul 6 pagi aku dah siap mandi. Aku selalu takde mood nak pi keje hari Isnin.   So nk bagi ada rasa excited tu aku siap awal-awal. Kemudian terus kuar rumah.
Bukak je pintu, budak-budak depan rumah aku nie dah wat aku hangin, buang sampah dkat lif. Eee..bau la weii. Siap berair lagi tu. Nyaris spoil mood aku. Takpe, sabar, sabar.. 
Kat tempat keje, hari ni aku diberitahu ada pegawai penyelidik  baru nak masuk. Jadi dengan segala hormatnya aku dipersilakan angkat barang-barang dan pindah ke meja lain. Kne pindah meja? Pehal lak? Ee ampeh.. Maka aku dengan muke beruk terpaksa la pack up pindah kat satu lagi partition nun kat satu ceruk.

Cess..mentang-mentang la aku ni technician je..
10 Pagi. Pegawai tu belum datang-datang. Katanye die ada briefing dengan boss. Teringin gak aku nak tgk sape pegawai baru tu. Laki ke pompuan? Kalau laki baguslah. Kat sini kaum lelaki mcm dah mengalami kepupusan yang serius. Tinggal baper kerat je. Dalam sepuluh orang staf  agaknye ada la tiga orang lelaki. Aku kat cni dikelilingi makcik2 dan mak2 muda yang kalau bekerja, biasanya akan diiringi oleh topik sembang-sembang yang telinga aku tak berapa nk terima. Bzz….bzzz….
Jadi kalau yg datang tu laki bes la jugak. Kalau berbual leh la bukak topic heavy2 cket. Ak tak minat nk jadi pengulas hal2 politik, tapi ckup minat kalau citer pasal gadget baru dalam market, citer sukan, sikit2 hal agama, kereta, pelaburan dan bisnes.
Kalu mkcik gak tpkse la aku terus dengar cakap-cakap mcam ;

"Eeeii pasni jom pi kedai kek nak?"

atau
"Semalam you tengok tak drama..bla-bla"
"Best la novel ni..si Syahira ni kne pakse kawin dengan anak Dato ni..anak dato ni lak tak  suke die..sebab die dah ada girlfriend cantik. Model terkenal pulak tu. syahira ni gadis kampung je..tapi dia baikk.. Eeeii best la novel ni. sweet sangat"...
Atau yang paling sadis sekali..
'X patut la fasha ni wat camni kan? Yang lelaki tu kan ke suami orang? Isyy.."
Huhu..

Pukul 10.30 bos datang dan kenalkan pegawai baru tu. Ceh budak lagi rupe nye.
“Noordini” dia perkenalkan diri sambil jabat tangan dengan kak Ani, senior kat jabatan aku.
"So.. kenalkan ini  Puan Hamidah, Puan Salasiah, Puan  bla2.. die pun salam / tny khabar degan diorang. Dengan aku lak lgsung tak ditegurnya. Dah la meja aku die ambik. Ampeh langgsung tak reti nk terima kasih. Tp xpe. Aku positive.
Mgkin die segan sebab tengah jadi tumpuan tadi.
 Aku positive.

puteri peach . domo brader . ceritalah lagi.blogspot