Tuesday 10 April 2012

episod 6 HPV vs leptospirosis


puteripeach.blogspot.com

Dah lama aku tak tulis kat blog ni…bz sesangat..sampai dah xde masa untuk diri sendiri. Apa tidaknya sabtu ahad pun aku datang ofis jugak untuk selesaikan literature review. Penat memang penat, tapi aku x komplen pun.
Jadi ceritanya, lepas empat lima kali bincang dengan boss, aku pun dapat persetujuannya untuk jalankan research dalam tajuk human papiloma virus (HPV). Punyalah excited aku rasa sebab aku memang minat dengan kajian benda alah kuman ni. Tambahan lagi aku ni perempuan maka sedikit sebanyak tentu jugalah ilmu yang bakal diperolehi nanti berguna untuk aku.
Iyalah sebab HPV ini selalunya menjangkiti perempuan je..mesti la jadi penting jugak untuk aku… Sekurang-kurangnya nanti aku dapatlah tahu sedikit sebanyak macam nak mencegah penyakit nie.. Sebab kalau kita tengok balik,  cuba perhatikan sekarang berapa ramai wanita yang dah terkorban akibat virus yang terbukti menjadi punca penyakit barah pangkal rahim ini. Dan perasan tak, betapa teknologi perubatan yang ada sekarang pun belum benar-benar mampu menyembuhkan kanser berbahaya ini. Dan yang paling menyedihkan ialah rendahnya tahap kesedaran kita terhadap penyakit kanser pangkal rahim..suruh buat ujian PAP SMEAR pun liat..dan saban hari ada saja kes baru yang terjadi..ada saja yang menjadi korban..
Hmm..
Di pihak aku pulak, dengan rasa excited yang dok menyelubungi jiwa aku ini aku nak buat keje pun rasa syok semacam je. Takde la rasa stress macam masa nak mulakan dulu. Best je rase.. Seolah-olah ada suntikan adrenalin yang menaikkan semangat dan tenaga aku untuk terus bekerja. Cewahh..
Cuma yang aku tak puas hatinya ialah pasal sorang mamat technician kat sini. Selalu sangat dia datang usya kat bench aku. Konon nak bagi hint yang bench tu dia yang punya. Mula-mula aku juz rimas..tapi lama-lama aku naik bengang la jugak. Dah terang-terang boss bagi kat aku bench tu nape die tak puas hati sangat. Takkanlah pasal meja pun leh jadi isu? Aduu la orang macam ni pun ada rupanya..isyy.
Dah tu aku ingatkan prob tu juz setakat tu je, nak dijadikan cerita, lepas berapa hari pastu bos lak panggil aku, die kata tajuk yang aku tengah buat ni ada kemungkinannya akan dihentikan,ganti dengan tajuk lain pulak.
Hah?
“Sebenarnya in the past ten years kita ada buat research in leptospirosis..Just recently kita stop research tu sebab kebetulan sorang penyelidik kita ambik study leave.. jadi saya rasa ada baiknya kalau kita, as part of our team, juz sambung research tu dan teruskan sinambungan dan kepakaran kita dalam leptospirosis tu. Sayang sebab makmal kita pun masih ada banyak lagi reagen, kit, segala benda berkaitan. So saya rasa better kita juz teruskan je. Apa pendapat you?”
Aku pada masa tu yang masih lagi terkezut..terus hilang kata-kata.
Aduuuuu punyalah penat aku cari bahan then senang je dia nak suruh aku berhenti tukar tajuk lain. Isyy kalau la dia tahu betapa penatnya aku setiap malam tido dua tiga jam je semata-mata nak siapkan proposal kajian ni.
“Tapi doktor..projek kajian HPV ini penting. Cuba doktor bayangkan betapa banyak nyawa yang dapat kita selamatkan kalau kajian kita ni berjaya,” aku menghujahi cadangannya.
“Dan cuba doktor bayangkan lagi, betapa kerajaan terpaksa belanjakan 150 juta ringgit setiap tahun untuk berikan vaksin pada remaja-remaja perempuan untuk mencegah penyakit ini, sedangkan adalah lebih baik sekiranya kita gunakan peruntukan sebanyak itu bukan setakat untuk mencegah penyakit ini tetapi juga untuk memahami dan seterusnya melenyapkan terus penyakit ini!”
(Agaknya tangan aku masa tu kiri kanan dah tergawang-gawang ala pidato peringkat IPT huhuh)
“Lagipun apalah rasionalnya doktor, 150 juta ringgit untuk remaja yang rata-ratanya masih belum berkahwin, kan lebih baik jika diadakan kempen berkaitan moral, katakan; kempen jauhi maksiat, jauhi seks luar nikah, apa-apa saja. Kan lebih menjimatkan, malahan juga lebih sesuai dengan budaya kita orang timur. Tak begitu doktor?”
Boss terdiam. Nampak menghela nafas dalam-dalam, bersedia untuk memberikan pandangannya pula. Cuma aku tak pasti dia termakan hujahan aku tadi atau langsung sebaliknya.
“Pendapat you tu ada betulnya.”
 Aku berasa lega.
“Cuma..saya  rasa, you patut lihat isu ini dari perspektif yang berbeza. You tahu penyakit polio?  Saya nak tanya you sekarang, apa sebabnya penyakit polio yang sangat tinggi bilangan mangsanya di India berjaya diatasi?
Vaksin. Sebab mereka gunakan vaksin untuk mencegah penyakit itu.  Jadi you lihat di sini, sungguhpun pada ketika itu penyakit polio pada masa itu belum difahami sepenuhnya. Malah sampai sekarang pun. Tapi dengan pemvaksinan jumlah kes polio turun mendadak, dan betapa banyaknya penduduk yang terselamat. Jadi di sini you boleh lihat situasi yang sama dalam kajian HPV. Bila kita beri vaksin. Bilangan kes menurun. Jadi keperluan untuk buat kajian pun sudah tidak begitu kritikal lagi. You pun tahu kan, matlamat utama kajian kesihatan adalah untuk menyelamatkan pesakit. Kalau pesakit dah selamat, tak perlulah tergesa-gesa sangat kita nak mengkajinya lagi. Betul tak?”
Aku terkedu. Pandai pulak boss aku ni putar belit fakta. Isyy..patutlah dia jadi boss.
“So?” boss bersuara lagi. Aku yang ketika itu ligat memikirkan alasan untuk membantah terus mati akal. Tengok air mukanya yang serius itu sebenarnya menyedarkan aku yang dia sebenarnya bukan semata-mata minta pendapat aku tetapi lebih kepada memberi arahan. Dan aku, selaku staf baru, apabila menghadapi ketua jabatan yang pangkatnya tiga empat tangga lebih tinggi dari aku tentu sahaja tidak punya pilihan yang banyak. Paling hebat pun aku boleh kata “saya akan fikirkan dulu,” pastu kemudiannya tetap juga “baiklah bos.”
Dan untuk kes kali ini nampaknya nak tak nak aku kena kata “baik bos” juga . Huhu..
“Ok, macam nie..” boss yang agaknya perasan aku dah mula buat muka mengubah pendekatannya. Kali ni nampaknya lebih lembut.
“You teruskan dulu dengan proposal you. Saya akan bawak perkara ni dalam mesyuarat dan kalau semuanya ok you bolehlah teruskan dengan kajian HPV you. Dan kalau ahli mesyuarat kata lebih baik sambung je kajian leptospirosis tu you stop, then you tukar buat leptospirosis ok. Don’t worry it’s not that hard..”
Mak datukk senangnyee dia cakap.
“So sekarang ni saya teruskan proposal saya macam biasa, then kalau ada perubahan saya tukar je tajuk saya.” Aku menyusun ayat, melontarkan mesej dalam nada yang jelas,dengan harapan dia akan faham bahawa apa yang dia suruh tu sebenarnya menyusahkan aku, dan seterusnya mintak-mintaklah dia terus batalkan arahannya tadi.
Nak tahu apa dia jawab?
“Ya, macam tulah.”
Urghh..

Hari tu aku terus takde mood nak buat keje. Muka pun dah muncong ala-ala itik serati agaknya. Frust betul..aku punya la berharap nak buat tajuk HPV tu alih-alih last minute dia suruh aku tukar pulak. Aku tak taw nak lepaskan geram macam mana. Kalaulah aku ni sifu karate mesti aku dah wachaa wachhaa wachhaa  kan sume barang kat sini. Arghhh..!!
Kemudian tu, yang buat aku makin panasss, dalam dok marah tu datang pulak mamat technician tu. Buat-buat lalu tepi aku then aku perasan dia dok usya meja dia, jelling-jeling nama dia kat cabinet bench nih. Ee geramnyaaa. Pasni kalau dia datang lagi kat bench makmal aku ni siap la. Aku koyak-koyakkan nama dia tu depan dia jugak!
 I mean it!

puteri peach . domo brader . ceritalah lagi

4 comments:

  1. blogwalking here :)
    http://ajaibnyacinta.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. salam.... dari blog rosalicious
    tu bukan saya yg buat, saya pun amik dari orang lain...hehe
    nice laa blog ni..... nanti saya mesti datang lagi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dtg la lg ..everyone's invited. You're most welcome :)

      Delete