Wednesday 8 June 2011

episod 2

Heppiiiii :)

 puteripeach.blogspot.com )

Weekend. Ahad 29 Mei. Hari ni boleh kata semua orang bangun awal. Rasa semangat semacam sebab masing-masing ada perkara yang hendak diraikan. Jadi, pagi itu lepas subuh semua tidak sambung tido tapi terus bersiap-siap untuk upacara berpoya-poya di hujung minggu. Lima hari bekerja mengadap muka boss mengadap segala macam problem rasanya memang wajibbb sangatlah kalau hujung minggu ni santai-santai sikit. Release tension. Kasi lepas semua masalah yang dok berkeladak kat dalam otak ni, kasi kendur sikit otot-otot yang stress ..
Cewahh..
Aturcara pertama dan yang paling-paling penting hari itu tidak lain dan tidak bukan ialah makan. Pukul lapan kitorang semua pergi breakfast kat gerai nasi lemak kat setiawangsa. Nasi lemak ayam goreng dengan milo O suam. Yani makan nasik lemak lauk ayam merah dua ketul. Plus dua keping roti canai lagi. Mantapp!
“Awal lagi ni, jom pi Carrefour nak?” Dayah mengemukakan cadangan. Masing-masing dah selesaikan makanan atas meja. Hendak mengumpat bergossip kat tempat yang ramai orang ni rasa macam tidak kena pula. (Jatuh saham weh.. )Wayang start pukul sebelas, sekarang baru sembilan lima minit. Tadi masa keluar rumah hanya fikir untuk mengisi perut lapar langsung tak terfikir nak merancang masa perjalanan.
Semua berfikir sejenak.

“Ok jugak,” Syidah memberikan persetujuan.
“Boleh, jom,” Safiah menurut.
“Kau, Farah?” Dayah mengajak roommate nya itu.
Farah teleng sedikit, tanda isyarat ‘mari pergi’.
“Kau?” Dayah menanyakan aku seterusnya. Gayanya kalau dilihat sudah jadi macam samseng kampung nak ajak geng nya merompak kedai runcit.
“Aku ON je”

Pukul sembilan drive pi Carrefour. Entah apa yang hendak dibeli aku pun tak tahu. Awal pagi macam ni ramai  datang sebab nak beli ikan sayur je. Kami yang berlima ni mundar-mandir di bahagian barang elektrik, belek kain baju kemudian sampai ke bahagian toys..peluk-picit peluk-picit teddy bear yang gebu tapi tak ada satu pun yang dibeli. Hihik.
10.30 kitorang semua terus cabut pergi KLCC. Wayang start pukul sebelas. Kitorang sampai pukul 10.50 kat TGV. Mujur tiket dah book pagi tadi kat internet. Collect tiket terus masuk panggung. Ngam-ngam pukul sebelas. Cerita: Kungfu Panda 2. Nice story! J




1.30pm .Secret recipe KLCC. Lets celebrate!


Sebenarnya masing-masing ada sebab untuk merasakan kegembiraan yang begitu banyak pada hari ini. Sama banyak dengan segala makanan yang dipesan pada pelayan tadi.
Dayah baru tukar kereta. Myvi SE.
Syidah dah dapat pengesahan jawatan sebagai guru tuisyen.
Farah : pakwe dia dah tetapkan tarikh untuk masuk meminang dia hujung bulan ni.
Safiah : baru dapat claim overtime. Plus bonus khas sebab tiga bulan kedatangan penuh.
Aku?
Aku dah dapat kerja sebagai pegawai penyelidik kat jabatan under Kementerian Kesihatan. Isnin nie lapor diri. Maka dengan ini maknanya tamatlah perkhidmatan aku sebagai pekerja sambilan kat kedai serbaneka di Jalan Duta nun. Minggu lepas aku cakap bos aku nak berenti. Walaupun dia nampak macam pening kepala nak cari orang ganti tapi nak tak nak dia kenalah lepaskan aku jugak. eheh. Dan isnin ini bermulalah tanggungjawab aku dengan dream job aku tu.
 Yess.
Yess.
Yess.
Syukur..
Lepas makan terus cari surau. Kemudian sambung dengan aktiviti kat SOGO, beli macam-macam sampai tak cukup tangan nak jinjit beg plastik. Shopping sakan sampai duit abis beratus. Dah tu siap melalut sampai ke jalan TAR cari tudung pulak. bonet MYVI yang tak berapa nak besar tu dah penuh sendat, akibatnya kami kat dalam kereta tu berhimpit dengan packing masing-masing macam sardin hehe.
Dekat pukul tujuh baru sampai rumah. Singgah tapau makanan kat medan selera bawah rumah. Balik rumah semua dah keletihan..dah tak larat nak bercakap..
Malam itu semua tido awal..penat sangat.
Aku pun sama.
Penat..tapi happyy  betul.
Nite. J

novel cinta puteri peach cerita lah lagi . blogspot.com

No comments:

Post a Comment